Tuesday 3 January 2012

Si Kitol

Si Kitol adalah rakyat yang belot dan memainkan peranan kepada kehancuran Melaka. Si Kitol lah yang berperanan sebagai dajjal menabur fitnah dan memecah belahkan orang melayu mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melaka yang dulunya gah di seluruh pelosok dunia. Saya terfikir di sudut manakah situasi ini cuba diperkaitkan. Siapa sebenarnya memecahbelahkan orang melayu ? Siapa sebenarnya si kitol dalam konflik di Perak ini. Watak hitam Si Kitol yang menyuburkan api permusuhan dengan dendam kesumat, fitnah, nafsu dan rasuah ini sebenarnya lebih menepati kerajaan haram yang tertubuh di Perak sekarang. Merekalah ‘Si Kitol’ sebenarnya yang menjual ‘kedaulatan suara rakyat’ demi kepuasan nafsu mereka untuk berkuasa.
Cuma apa yang terbayang pada saya dalam hal kejatuhan Melaka, bukan Si Kitol saja yang jadi puncanya. Sultan Melaka yg pada masa itu sangat lemah dan buta mata hati juga terlebih dahulu patut disalahkan. Kezaliman raja dan pengabaian terhadap rakyat oleh raja itu terlebih dahulu patut dikecam. Baginda tidak tahu menilai yang mana intan yang mana kaca . Raja yang tidak mempercayai kejujuran bendaharanya dengan mudah menerima fitnah tanpa mahu terlebih dahulu untuk usul periksa adalah raja yang tiada keadilan. Raja itu juga  tiada ketelitian apabila menggantikan pembesar-pembesar yang baik di Melaka dengan mereka yang rendah moral mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa  menjadi pembantu baginda adalah punca kemusnahan baginda sendiri.
Bayangkan Raja Melaka langsung tidak peka pada perubahan di Melaka. Baginda leka dengan kemewahan dunia dan banyak ‘berehat’ di istana. Sedangkan di kalangan rakyat Melaka pengamalan Islam mereka semakin lama semakin pudar. Rasuah, fitnah, dendam, permusuhan dan pecah belah semakin menular di kalangan rakyatnya…..suara rakyat yang mencemuh kezaliman baginda langsung tidak diendahkan kerana tenggelam dalam nafsu ‘rajanya’. Akhirnya bila Melaka di ambang kemusnahan barulah baginda Raja sedar bahawa Si Kitol dan Raja Mendeliar telah mendorongnya melakukan banyak kezaliman. Orang yang baik, beriman, jujur dan taat setia seperti bendahara Tun Mutahir telah menjadi mangsa baginda. Baginda mula mengeluh mengatakan sepatutnya baginda teliti dan selidiki dahulu sesuatu perkara sebelum memutuskan apa-apa keputusan darinya. Ketika baginda menangis kesal di atas dosa-dosanya, sudah tidak apa lagi yang boleh baginda ubah. Nasi bukan sahaja menjadi bubur, tetapi turut basi dan tiada dapat dimanfaatkan lagi. Baginda hilang takhta dan kerajaannya. Kedua-duanya sekali.

14 comments:

  1. Xde orang nk comment sebab blog niey tk beberapa menyerlah!! Prbaiki Kay!!Jujur Kay!! #Sorry..ikhlas dari hati

    ReplyDelete
  2. Ok buat la blog cntik2...baru la smngt org nk bace sej melayu melaka ni :) but best

    ReplyDelete
  3. sakitnya mata nak baca, gunakan warna yang sesuai.

    ReplyDelete
  4. ...dan si Kitol dan Mendeliar itu kembali ujud sebelum dajjal memusnahkan manusia. Buka mata wahai Melayu..

    ReplyDelete
  5. so mmg betul lah si kitol ni wujud

    ReplyDelete
  6. so mmg betul lah si kitol ni wujud

    ReplyDelete
  7. Kisah si kitol dan raja mandeliar ini akan berulang lagi.. kali ni peranan atau pelaku dimainkan oleh pemimpin2 rakyat dlm krajaan yg tamak rasuh pting diri dan penggadai2 maruah bangsa dan penaklok nya adalah Cina DAP cauvanis.. Dan org yg paling too dlm negara pulak tak berani mengarahkan hamba rakyat yg melayu dan islam supaya berdamai n bersatu... Maka tggulah sejarah akan berulang kembali..

    ReplyDelete
  8. Huhuhu..peristiwa dan sejarah yg hampir sama bakal berulang tak lama lagi..jika kita bangsa melayu terus melupakan atau buta sejarah..SEDARLAH WAHAI BANGSA KU..JANGAN TERUS ME'LAYU UBAH LAH UTK ME'MAJU..

    ReplyDelete
  9. Apa yg diceritakan sedang berlaku pada tahun 2019.

    ReplyDelete
  10. Sejarah yg menarik. lebih menarik jika dapat dibaca jika tulisan warna putih. warna merah menyakitkan mata. maaf teguran yang agak tegas. tulisan warna maroon tak dapat dibaca dengan jelas. harap penulis dapat tukar warna. terima kasih

    ReplyDelete
  11. Warna putih lebih menarik dan nyaman mata membaca.. Tk

    ReplyDelete
  12. berdoalah semoga X jadi sedemikian

    ReplyDelete